Owner Post Them Follow Dash



YAya IEdayah
YAya IEdayah;

Bonjour!



Strive for your dreams, Work hard to get what you like, Otherwise you'll be forced to just like what you get.

Tagboard

Speak clearly, if you speak at all; Carve every word before you let it fall



KESEDARAN




Apa itu kesedaran? Kesedaran bermaksud membangunkan minda pada sesuatu kejadian yang berada di sekeliling mereka dan memerlukan mereka mengubah persepsi mereka untuk menjadikan sesuatu penambahbaikan yang berterusan dalam hidup. Manusia perlu mempunyai sikap kesedaran yang tinggi didalam diri supaya kesalahan yang lepas tidak akan berulang. Kenapa ianya berulang? Adakah disebabkan ianya telah dikatakan didalam nyanyian dari kumpulan New Boyz -  Sejarah mungkin berulang? Setiap bait-bait lirik lagu itu adalah benar belaka. Contoh lirik

Sejarah mungkin berulang..
Walaupun engkau ku maafkan..

Kita akan ingat sampai mati atau dikatakan fobia dengan setiap apa yang berlaku dalam hidup walaupun kita dah maafkan. Eh ! tipulah kalau  di sudut jauh dalam hati kauorang tak  ada sekelumit perbuatan atau perlakuan percakapan yang korang masih tak boleh nak lupakan  Seperti pergaduhan antara kawan baik. rooomate dan sebagainya.. 

Ohh.. Kekasih ..
Tapi itu cuma sementara ... 
Keinsafan di hatimu...

Dalam lirik diatas pulak, ada mengatakan itu hanya sementara? kenapa kena ada sifat sementara untuk keinsafan dalam diri? Kenapa kita perlu buat perkara yang sama? Adakah dosa yang lepas atau perbuatan yang lepas tak cukup untuk merasakan keinsafan dalam diri? Itu aku tak tahu. Tepuk dada tanya seleralahkan?

Macam kes aku, aku tak faham kenapa ada je benda atau ada je masalah yang sama setiap kali sem. Terutamanya pada roomate aku? Kadang-kadang sampai dah penat nak fikir semua tu. Tapi kalau tak difikirkan sampai bila nak bermasam mukakan? sampai bila nak masing-masing tidur mengadap dinding.. Masa-masa mula jumpa kami diibaratkan seperti ada kimia. Macam lagu Melda Ahmad.. Tapi bila di pertengah  ada saja masalah yang timbul. Sememangnya benar dalam kehidupan lebih kepada pahit dari manis, Tapi kalau pahit sentiasa siapa yang boleh tahan. So aku konpius.